Gambar: Google
Kata-kata indah ditulis oleh Mamoo
23 Ogos 2011 - SELASA
Tazkirah yang lalu, Ustaz Burhan mengatakan bahawa sepatutnya bulan yang perlu kita rindui dan rai adalah bulan Ramadhan, sepanjang 29 hari pada tahun ini penuh disajikan dengan amalan-amalan yang diberkati untuk kita sebagai umat Nabi Muhammad. Sebaliknya bulan yang dirindui dan dirai ialah bulan Syawal contohnya sembahyang raya yang dibuat sekali pada pagi hari kita akan menyambut dengan sepersalinan baju Melayu yang lengkap dengan samping tetapi semasa buat sembahyang terawih pada setiap hari di bulan suci ini kadang-kadang hanya pakai kain pelekat yang lusuh, ketayap yang berkulat dan sebagainya. Begitulah masyarakat kita mengimarah bulan yang dikhususkan untuk kita. Konsep sambutan yang perlu diperbetulkan
Mamoo