Tak Kenai Maka Tak Chenta.........Pakat Mai Penang

23 December 2010

JOM MELILAU RAUN PENANG

JEJAK SEJARAH & WARISAN

Ibu negeri dan bandar terbesar di Pulau Pinang ialah George Town, dibuka pada tahun 1786 oleh Kapten Francis Light. George Town adalah bandaraya kedua terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur. George Town adalah bandaraya tertua di Malaysia apabila Ratu Elizabeth II menganugerahkan taraf bandaraya pada 1 Januari 1957.

Kawasan-kawasan tarikan untuk jejak sejarah dan warisan banyak tertumpu di bahagian Georgetown atau dikenali juga sebagai Tanjung.

Peta Georgetown @ Tanjung

Fort Cornwallis, 1786

Pelan susunatur Kota Cornwallis yang berbentuk bintang
Gambaq dolu-dolu macam ni la Kota Cornwallis
Lani macam ni la Kota Cornwallis...
Sebahagian dari Kota Cornwallis
Meriam Seri Rambai - meriam puaka dari Belanda
Rumah api...sampai la masih digunakan lagi untuk panduan kapal belayar
Keratan akhbar....bacala kalau rajin

Senibina Bangunan Lama


Menghala ke pusat bandaq, pengunjung dapat menghayati keindahan bangunan warisan kolonial dengan seni bina Anglo-India serta pengaruh reka bentuk Cina.

Masjid Kapitan Keling, Jalan Kapitan Keling
Khoo Kongsi
Eastern & Oriental Hotel (E & O Hotel), Lebuh Farquhar
Costom Building
Southern Bank Berhad, Lebuh Beach
MPPP City Council, Jalan Padang Kota Lama
Town Hall, Jalan Padang Kota Lama
Majestrate Civil Court, Lebuh Farquhar
Muzium Negeri Pulau Pinang, Lebuh Farquhar
Terdapat banyak lagi bangunan-bangunan sejarah dan warisan yang tedapat di bahagian pulau ni terutamanya di sebelah Georgetown @ Tanjung


RUMAH P. RAMLEE, COUNTER HALL, 
JALAN P. RAMLEE

Rumah di bawah seliaan Arkib Negara Malaysia
Rumah asal P. Ramlee
Rumah la ni yang telah di baik pulih


JEJAK ALAM PULAU

Pulau Pinang adalah negeri kedua terkecil di Malaysia selepas Perlis dan mempunyai bilangan penduduk seramai 1.5 juta orang. Dari segi geografi Pulau Pinang terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
  • Pulau Pinang , sebuah pulau dengan keluasan 293 km persegi .
  • Seberang Perai , sejalur tanah seluas 760 km persegi yang bersempadan dengan Kedah di utara dan timur dan Perak di selatan .
Walaupun berkeluasan kecil, terdapat juga tempat-tempat alam semulajadi ciptaan Tuhan yang indah dan menawan.


Taman Negara Pulau Pinang, Teluk Bahang

Peta Taman Negara Pulau Pinang
Pintu masuk ke Taman Negara Pulau Pinang
Jambatan gantung.....ada brani mai cuba la
Tasik Meromiktik - Fenomena alam yang menakjubkan di mana terdapat dua lapisan air iaitu tawar dan masin yang tidak bercampoq
Arah tuju....ikut ja insyallah tak sesat punya
Salah satu pantai yang terdapat di dalam Taman Negara Pulau Pinang dan menjadi kawasan penyu berteloq
Rumah api Muka Head
Pusat Penyelidikan Pantai dan Marin USM (CEMEC)

TAMAN BOTANI, JALAN KEBUN BUNGA

Pintu masuk lama....pintu masuk baru sedang dalam pembinaan

Zaman dulukala
Mai la melawat.....port merendek ni
Makhluk ciptaan Tuhan ni la yang dok menghuni taman ni

PULAU JEREJAK @ ALCATRAZ PENANG

Pemandangan pulau dari Queenbay
Pintu masuk dari sebelah Pulau Pinang untuk ke Pulau Jerejak....naik feri kat sini la

Jeti untuk feri Pulau Jerejak
Dulu sebagai tempat tahanan penjenayah tegar dan pesakit kusta
Jerejak Resort
Aktiviti-aktiviti yang depa sediakan untuk ada
Tempat-tempat yang menarik yang dok ada kat pulau tu

BUKIT BENDERA @ PENANG HILL, AIR HITAM

Peta Bukit Bendera
Keretapi bukit baru yang sedang dalam pemasangan dan pengujian
Keretapi bukit lama yang bakal masuk muzium negeri
Zaman dolu-dolu macam ni la
Sebahagian pemandangan di ataih bukit
Pemandangan Georgetown @ Tanjung dari ataih Bukit Bendera

TAMAN RIMBA & REKREASI, TELUK BAHANG

Pintu masuk ke Taman Rimba Teluk Bahang
Peta Taman Rimba Teluk Bahang
Port baik untuk merendek......
Mai la rasa ayaq sungai yang segaq
Ayaq terjun
EMPANGAN TELUK BAHANG

Empangan ni la dok bekal ayaq kat kawasan Teluk Bahang dan Batu Feringghi

Empangan Teluk Bahang

Pertandingan lumba perahu naga


No comments:

Post a Comment