Tak Kenai Maka Tak Chenta.........Pakat Mai Penang

23 December 2010

BUDAYA MELAYU PULAU PINANG: BORIA


 SEJARAH DAN LATAR BELAKANG BORIA


Permainan Boria ini banyak dikatkan dengan peristiwa Karbala iaitu peristiwa pembunuhan Saidina Hassan dan Saidina Hussein r.a iaitu putera kepada Saidina Ali (cucu Nabi Muhammad s.a.w) oleh tentera-tentera Muawiyah bin Abi Suffian. Peristiwa ini membuatkan pengikut-pengikut Syiah mengadakan upacara perkabungan tahunan . Semasa upacara atau majlis itu para pengikut akan bersyair, bersajak, berlakon sementara ada pengikut yang sanggup meratap serta mencederakan diri sendiri hingga berdarah semata-mata ingin meratapi dan merasai suasana peristiwa Karbala itu. Upacara atau majlis ini dikenali sebagai Ta’ziya.

Apabila pergerakan ini cenderung ke arah politik, maka ada kumpulan yang menjadikan persembahan atau majlis ini untuk mencari pengaruh maka majlis ini mulalah dibiayai oleh taukeh atau saudagar-saudagar kaya untuk menarik minat pengunjung dating menyertai majlis tersebut.Sekitar abad ke 19, permainan boria ini dibawa oleh golongan India Muslim ke Pulau Pinang yang kemudiannya mempengaruhi minat turut sama oleh orang-orang Melayu tempatan. Setelah orang - orang Melayu tempatan menarajuinya maka banyak elemen dan perubahan yang telah diperbaharui. Semangat Kebangsaan menentang penjajah (Kerajaan British) pada kita itu. Oleh kerana perjuangan menuntut kemerdekaan begitu kuat, maka boria dijadikan landasan untuk golongan Melayu serta golongan minoriti lain bersama menjayakan persembahan boria ini iaitu golongan India dan golongan Cina.

Perkataan Boria dikatakan berasai dari perkataan ‘Borai’ dari bahasa Hindustan yang bermaksud gila atau sasau. Boria jua bermaksud tikar kerana ia dikaitkan dengan sepoi-sepoi (askar-askar) India yang dibawa masuk oleh British mempersembahkan boria di atas hamparan tikar sertya pakaian mereka juga dibuat dengan tikar untuk mengambarkan kesengsaraan hidup di zaman Saidina Hassan dan Hussein r.a di Karbala.

Ada juga yang berpendapat ia berasal dari perkataan ‘Bori’ dari kaum Gujerat yang dating berdagang dan menetap di Pulau Pinang. Ada pula mengatakan perkataan Boria itu asalnya dari perkataan ‘Ria’ sahaja iaitu bersuka ria dan kemudian dinamakan Boria. Apapun dari mana perkataan asal Boria ini tiada siapa yang dapat mengatakan betul atau salah sebab ia hanyalah dating dari ‘sumber lisan’ bukan dari fakta yang dicatat atau ditulis di mana-mana .

TATA CARA @ ADAP PERMAINAN BORIA.

Segmen Pertama

Sketsa SEBABAK (satu tempat kejadian lakonan) contohnya jika sketsa itu kejadiannya berlaku di rumah, maka adengan lakonan/sketsa itu HANYA berkisarkan suasana di rumah sahaja. Sketsa haruslah mempunyai mesej, nasihat dan berunsur humor. Rentetan sketsa ini akan dikupas kembali di dalam rangkap lagu untuk segmen ke dua iaitu di dalam senikata rangkap lagu oleh Tukang Karang.


Segmen Kedua

1-Kemasukan Sailor dan Tukang Karang – Kemasukan mereka akan diiringi muzik masuk (intro) sebaik sahaja pelakon sketsa selesai dan keluar.



2-Tukang Karang akan memulakan rangkap pertama secara solo sambil menggoyangkan tongkat dan Sailor akan menyahut rangkap pertama beramai - ramai sambil membuat pergerakan.Lenggok suara serta alunan suara Tukang Karang mestilah BUKAN mendayu-dayu, merdu seperti nyanyian lagu Pop sebaliknya pemberatan terhadap kejelasan sebutan seakan-akan sebutan akhir dipendekkan (BUKAN MELISMATIK). Rangkap yang disampaikan oleh Tukang Karang selalunya akan dimulakan dengan rangkap pengenalan kumpulan serta mengalu-alukan hadirin dan Sailor akan menyahut rangkap yang sama itu kembali beramai-ramai.

No comments:

Post a Comment